World Hearing Day 2021: “Hearing Care for All”


0
SHARES

 

Seiring dengan World Hearing Day 2021 yang bertemakan “Hearing Care for All”, ia menitikberatkan penjagaan pendengaran untuk berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih baik. Penjagaan pendengaran bukan sahaja memastikan tahap pendengaran anda di tahap yang normal, tetapi  ia juga merangkumi aspek penjagaan dan juga pencegahan supaya anda tidak mengalami sebarang masalah pendengaran.

Masalah pendengaran tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia dan tiada diskrminasi umur. Masalah pendengaran akan memberi impak kepada kualiti hidup anda dari segi sosial dan mental. Selain itu, aspek komunikasi juga akan terkesan. Komunikasi sangat penting bagi seseorang untuk menyampaikan sesuatu. Tanpa kemampuan berkomunikasi, hidup anda mungkin tidak lengkap dan sentiasa merasa diri keseorangan. Justeru, dengan mempunyai pendengaran yang baik, anda dapat mendengar dan berkomunikasi dengan baik di dalam situasi senyap mahupun bising.

Bagi Penjagaan Pendengaran yang baik, anda perlu mengelakkan pendedahan bunyi yang terlalu kuat bagi memelihara kesihatan pendengaran anda untuk jangka masa panjang. Ini adalah kerana, ia akan merosakkan rerambut di dalam organ pendengaran (koklea) dan akan menyebabkan masalah pendengaran menjadi kekal (neural). Sekiranya pekerjaan anda mendedahkan anda kepada bunyi yang sangat kuat, anda dinasihatkan supaya memakai alat perlindungan pendengaran yang sesuai bagi memastikan pendengaran anda tidak terjejas.

Seterusnya, anda mesti mempunyai amalan penjagaan pendengaran yang baik, iaitu anda perlu sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan pendengaran anda, sentiasa membuat pemeriksaan tahap pendengaran sekurang-kurangnya setahun sekali di klinik pendengaran berdekatan untuk mengetahui tahap pendengaran anda. Jika anda tergolong dalam kategori berisiko tinggi seperti mempunyai masalah kesihatan yang berkait rapat dengan pendengaran, anda perlu membuat pemeriksaan dengan segara supaya pendengaran anda tidak bertambah buruk.

Pandemik Covid-19 telah melanda Malaysia sejak tahun 2020, dan kerajaan telah melaksanakan SOP untuk mengurangkan kadar wabak tular berjangkit Covid-19 dalam masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, kebanyakan masyarakat Malaysia meluangkan masa di rumah bersama keluarga tersayang. Kebanyakan juga bekerja dari rumah. Ini menunjukkan betapa pentingnya aspek pendengaran dalam kehidupan situasi sekarang. Sekiranya anda mengalami kesukaran memahami pertuturan atau berada dalam situasi di mana perbualan orang di sekitar anda sering disalahpahami, anda dinasihatkan untuk mengunjungi klinik pendengaran yang berdekatan untuk mendapatkan konsultasi dari pakar Audiologis mengenai masalah anda.

Alat Bantu Dengar Unitron, yang mengunakan teknologi baru yang dihasilkan dari Kanada, mampu  menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan masyarakat dalam situasi Norma baharu. Siri Unitron Discover Next dapat memberikan solusi terbaik dimana anda mempunyai pilihan, sama ada  pengecasan semula (rechargeable) atau penggunaan bateri biasa. Ia juga memiliki kemampuan untuk menyambungkan alat bantu dengar dengan telefon pintar anda melalui fungsi Bluetooth. Anda dapat mendengar muzik, bermesyuarat dalam talian, buat panggilan telefon dan juga menonton cerita kesukaan anda secara langsung tanpa memerlukan aksesori tambahan. Justeru, dengan teknologi yang terbaru dan terkini dibawa kepada anda oleh Unitron, akan membantu anda mendengar dengan lebih baik dan jelas. Alat Unitron terkini juga mempunyai reka bentuk yang unik dan kecil. Reka bentuknya pernah memenangi beberapa Penganugerahan Red-Dot.

20dB Hearing merupakan salah satu perintis pusat pendengaran di Malaysia. Ia mempunyai 25 cawangan dan lebih daripada 50 audiologis yang bertauliah dan berpengalaman seluruh Malaysia. Dengan mempunyai persijilan ISO 9001:2015, 20dB Hearing menawarkan konsultasi terbaik dan sokongan seluruh Malaysia. 20dB Hearing juga menawarkan “Take Home Trial” atau Percubaan Alat Bantu Dengar di rumah secara percuma selama 20 hari. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh layari laman web sesawang 20dB Hearing di www.20dbhearing.com atau hubungi talian Bebas Tol di 1800882032.

Kekal Selamat, Kekal Bergaya, Kekal bersama 20dB Hearing, Pusat Pendengaran Profesional Anda.



by Nashvini Rachel

View all articles by Nashvini Rachel.




JOIN OUR COMMUNITY

Don't miss out on latest medical tips and information!

Join us for FREE now to enjoy special health screening offers!

**Offers are limited to 200 subscribers only**

100% Privacy. We don't spam.

Latest Articles

  • Eat fish to keep dry eyes at bay

    June 22, 2023 1711

  • 15 tips to prevent falls in older adults | Expert Says

    December 16, 2022 2458

  • 6 surprising ways to relieve lower back pain | Expert Says

    November 25, 2022 2141

  • Living With Hepatitis B – Fight It On All Fronts | GetDocSays

    July 08, 2022 2258

  • Lifestyle tips on managing myopia | Expert Says

    July 07, 2022 1808